Saturday 24 March 2007

Remaja sekarang


Sanggup isytihar murtad
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Sarah Zulkifli-Harian Metro, Ahad 25hb Mac 2007


Pelajar IPT kemaruk seks bebas guna nama bukan Islam ketika daftar masuk hotel bajet


KUALA LUMPUR: Gadai agama demi nafsu. Ada pasangan remaja termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang kemaruk seks bebas sanggup mengisytiharkan diri ‘murtad’ selama beberapa jam dengan menggunakan nama bukan Islam ketika mendaftar masuk di hotel bajet untuk melakukan hubungan jenis.

Mereka didakwa sanggup menyamar berbangsa Cina atau beragama Kristian, semata-mata mahu mengelak daripada ‘dikacau’ penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika melampiaskan nafsu serakah dengan pasangan masing-masing.


Difahamkan, taktik itu semakin popular di kalangan golongan muda berdasarkan pengakuan beberapa remaja serta pemilik hotel murah dan sederhana yang mendedahkan kegiatan itu.


Seorang pelajar IPT yang hanya mahu dikenali sebagai Helmi, 21, berkata taktik mendaftar masuk di hotel murah menggunakan nama bukan Melayu dipelajari daripada rakannya yang mendakwa tidak pernah ‘kantoi’ di tangan penguat kuasa agama.


Menurutnya, pada mulanya dia gusar untuk mempermainkan agama, namun akibat gejolak nafsu, dia tewas kepada hasutan syaitan.


“Mula-mula saya rasa takut juga, tapi itu satu-satunya cara untuk mengelak daripada dicekup pihak berkuasa.


“Bila sudah berjaya melepaskan diri buat kali pertama, saya rasa benar-benar yakin untuk mengulanginya,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.


Menurut Helmi, taktik digunakannya tidak pernah gagal sepanjang tempoh melakukan penyamaran lebih 20 kali ketika mendaftar masuk di hotel menggunakan nama bukan Islam.


“Tapi jika ada ‘mata-mata’ atau ternampak seseorang yang mencurigakan, saya terpaksa membatalkan niat untuk daftar masuk di hotel berkenaan.


“Bagi memudahkan ‘kerja’, ada antara kami meminjam kad pengenalan milik rakan bukan Islam terutama dari Sabah atau Sarawak ketika mendaftar masuk di hotel,” katanya.


Selain itu, kerjasama pekerja hotel yang ‘budiman’ turut mendorong remaja sepertinya melepaskan diri daripada dicekup pihak berkuasa.Lebih memalukan, ada pekerja hotel sanggup dibayar bagi melindungi dan menutup mulut jika ada pihak berkuasa muncul di hotel berkenaan.


Gadis yang dikenali sebagai Lina, 19, berkata sewaktu sedang bermadu kasih bersama teman lelakinya di sebuah hotel di bandar raya, pintu bilik tiba-tiba diketuk pekerja hotel berkenaan.Berikutan itu, katanya, teman lelakinya bergegas meninggalkan hotel sebaik diberitahu pekerja hotel berkenaan mengenai operasi yang dijalankan penguat kuasa agama pada malam itu.


“Sejak itu, kami sering ke hotel berkenaan dengan mendaftar masuk menggunakan nama bukan Islam dan pekerja di situ seperti ‘faham-faham’,” katanya.


Sementara itu, seorang pemilik hotel murah di Jalan Raja Laut di sini mendedahkan kegiatan seks di kalangan remaja kerap berlaku di hotel itu, terutama pada hujung minggu dan cuti umum.Menurutnya, kebiasaan belia dan remaja Islam menempah bilik dengan bayaran RM70 untuk satu malam atau RM40 untuk tempoh beberapa jam.Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 50, memberitahu pihaknya tidak meletakkan syarat kepada pelanggan untuk menunjukkan kad pengenalan ketika mendaftar masuk.


“Kami tak kisah sama ada mereka sudah berkahwin atau belum kerana yang penting mereka bayar sewa bilik sebelum saya berikan kunci,” katanya.


Dia berkata, remaja Melayu yang melakukan hubungan seks di hotelnya pernah ditahan pihak berkuasa sebelum ini, namun sebahagian daripada mereka masih berani mengulanginya.


Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, berkata sehingga kini pihaknya belum mendapat laporan mengenai kegiatan pemalsuan identiti membabitkan nama dan agama di kalangan remaja termasuk pelajar IPT.


“Bagaimanapun, Jawi akan membuat operasi sekiranya mendapat aduan mengenai pasangan yang menggunakan nama bukan Islam untuk mendaftar masuk di hotel.


“Kami (Jawi) amat memerlukan kerjasama semua untuk membanteras kegiatan ini,” katanya.Menurutnya, pegawai penguat kuasa Jawi sentiasa memberi tumpuan serius dalam menangani pelbagai gejala tidak senonoh termasuk menahan pasangan yang melakukan seks bebas.


“Setiap bulan berpuluh-puluh pasangan bukan mahram yang ditahan melakukan hubungan seks dihadapkan ke mahkamah syariah,” katanya.


-Harian Metro-


More on this topic here


Kenapa sanggup murtad semata-mata kerana nafsu serakah? Belum habis dengan kisah 'mat rempit' melayu, timbul pula cerita remaja yang kemaruk seks.. cerita yang tak ubah ibarat membuka pekung di dada. Inikah bangsa Melayu yang diagung-agungkan?



p.s. Apalah nak jadi dengan remaja melayu sekarang..siapakah yang patut dipersalahkan? Emak Bapak? Guru? Kurangnya didikan agama? Tepuk dada, tanyalah selera....

2 comments:

Johnny Ong said...

interesting story, will blog abt it too. which day of the newspaper report was it?

SiLabi said...

It was Sunday 25th march 2007-Harian Metro