Friday, 18 January 2008

---~@ santai minum kopi@~---

ever wonder wat they wud look like without any makeups on? i do. they dun look as beautiful as wat we seen on tv. with makeups...colour there, powder here, touch here a little bit, opps! dun forget the lips gloss, men were dying to see their wet lips..and at the end...wallah astonishing face! but without them...hehehhe.

nicollette sheridan with her groceries

alamak..julia robert ke tu?

jessica simpson

jessica alba..shes a natural beauty

jennifer garner, i dun realise she got a lovely smile

hilary duff

heidi klum?

eva longoria? is tat u?

drew barrymore

brooke shields

alicia silverstone



P.S. kalau artis mesia tak pakai makeup? penah tengok cakerapilihan 'keranamu durian' kat tv3? rita rudaini without her makeup (well for me she dun wear any), cuba tengok




until then

Thursday, 17 January 2008

---~@ Ilmu jampi Kedayan @~---



tajumpa, tapi inda pasti sama ada jampi ataupun doa. Terpulanglah kepada individu menafsirkan sendiri. Ilmu jampi ini ku ambil dari sini, ia tejumpa ah sebuah nota yang bertarikh 1975. saja kan bekongsi.



Aing Panawa Buatan Dangan


Bismillahir rahmanir rahim

Alhamdulillahi rabbil alamin

Masuk tawa kaluar bisa

Masuk tawa kaluar bisa

Masuk tawa kaluar bisa

Warasulullah wa alaihi wassalam.



Pakai Balumba


Tuun kata Allah

Bajalan uja Muhammad

Baakat Laillahaillalah

Baakat aku di kandung Allah.



*Ada unsur-unsur Syirik.



Supaya Uang Inda Maah


Bismillah pinangku

Si Raja Buntar Kapur

Intan salasih

Tunduk hatimu kasa

Duduk hatimu kasih.



*Ada unsur-unsur Syirik.



Tawa acun


acun bisa-bisa

Upas bisa-bisa

Anak kaculum bisa-bisa

Aku tahu asalmu jadi acun

Dai tik mani Saigalapa

Asalmu jadi acun Baakat Lailahaillallah

Barakat Muhammad Rasul Allah

Baakat aku makai tawa bisa.



*Ada unsur-unsur Syirik.



Tawa Katulangan


Bismillahir rahmnanir rahim

Takuyung bintang

Palu-palu balah

Mahamuju mahalintang

Luput akan kasabalah

Ngarasa akan nganya aku

Suruhan Tuhan




Tawa Paning



Bismillahir rahmanir rahim

Si Julak Si Julak Kuning

Lahia mati buaja

Tulak-tulak kau paning

Aku nawai kau macam anak aja.



*Ada unsur-unsur Syirik.



Manuka Parsalinan



Aku makan pinang

Basirih Si Ambang Kuning

Batumpah padang baluka

Muda pasalinanku

Dari Si Ambang Kuning

Uangkan malihat aku

Macam anak Raja Achih.



*Ada unsur-unsur Syirik.


P.S.cukup dulu setakat ini, ada lagi. lain kali saja.


until then

Wednesday, 16 January 2008

---~@ Sejenak @~---

email from a frend....

KAMAL AMIR MENULIS



SEORANG ibu mencangkung di hadapan Pasaraya Jalan Hock Ann, Chow Kit Kuala Lumpur.

Matanya berkaca melontarkan pandangan sayu. Setiap warga kota yang mundar-mandir tiada menyapanya.


"Kakak mahu tunggu teksi ke?" saya mengajukan soalan, kerana melihat agak lama dia duduk mencangkung di situ.


"Tidak, akak tengah bingung," jawabnya dalam nada perlahan.

"Kenapa pula? Kakak tinggal di mana ? Mungkin ada masalah?"


saya mengajukan soalan dalam bengit bahang Kuala Lumpur begitu menyesakkan oleh asap mobil yang lalu lalang.


"Akak tinggal di Keramat, tengah dok fikir, tadi ana k akak minta ayam goreng, anak yang nombor dua teringin buah durian, tadi akak ke pasar ikan, harganya tuhan saja yang tahu. Suami akak bagi lima puluh ringgit buat belanja pasar, apalah yang dapat akak beli dengan wang sejumlah itu, duit simpanan akak ada tiga puluh, kesemuanya lapan puluh ringgit."


Dia diam seketika sambil anak matanya menjeling kepapan tanda pasaraya.


"Kakak datang naik apa?" tanya saya lagi.


"Tadi naik teksi, tambang teksi mahal, nak balik nanti tentu kena bayar sepuluh ringgit, ayam dalam lima belas ringgit, ikan dan sayur tiga puluh ringgit, kalau beli buah durian sepuluh ringgit, habis macam mana akak nak beli beras dan bawang. Ini yang tengah pening akak fikirkan.


"Beginilah kak, ambil lima puluh ringgit dari saya, anggaplah sedekah ikhlas dan belilah apa yang boleh untuk anak dan kirim salam pada suami kakak," ujar saya sambil berlalu.


Sepanjang memandu kereta menghala ke Bangsar Shoping Centre untuk bertemu saudara Aspan Alias (teman yang tabah mengharungi denai politik negara) fikiran diterpa persoalan, apakah begini nasibnya masyarakat marhaen kesan kenaikan barang yang bagaikan tidak termampu dikawal oleh penguasa dan kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.



Semasa negara di bawah pimpinan Tun Razak dan Tun Husein Onn dahulu, gaji masyarakat wartawan sekitar lima ratus ringgit sebulan, tapi rasanya jika punya wang sebanyak lima puluh ringgit itu sudah cukup mewah. Harga semangkuk sup kambing di Benteng empat puluh sen, roti canai Harun di Chow Kit hanya dua puluh sen, kopi tarik kedai Yusuf Suria di Jalan Hock Ann baru lima puluh sen.Tambang bas Seri Jaya dari Perhentian Kelang menghala ke Angkasapuri lima belas sen. Nasi kandar Ibrahim Shah di Selangor Mansion satu ringgit dua puluh sen, cukup mengenyangkan. Malahan boleh kepit tangan kekasih menonton filem Bobby sambil beli kacang dan kauci, duduk di kerusi kelas satu belanjanya tidak sampai lima ringgit.Itu dulu.....! dulu.....!

Era Dr. Mahathir pun tidak banyak bezanya. Belanja tiga ringgit boleh beli ayam kentucky "it's finger lickin' good." Bawa lima puluh ringgit boleh beli ikan, sayur, udang, ayam dan tempe ....
Hairannya hari ini wang di tangan kalau sekadar satu ratus ringgit ke pasaraya tidak cukup berbelanja untuk satu minggu (masyaAllah) . Sebut apa sahaja barang keperluan, segala-galanya naik mendadak. Menurut saudara L.Mankadir Shamsi bekas wartawan dan pernah menjadi pelakon filem "Man Laksa" terkadang dirinya merasa pelik dan cukup pelik. Untuk tidak lagi menjadi warga kota dia membuka kedai runcit di Bentong Pahang. Semasa menteri mengumumkan harga siling barangan terkawal seperti tepung, dia diterpa persoalan apakah menteri tersebut tahu dan faham tentang apa yang dicakapkan.

"You tau, menteri kata harga siling dan harga runcit tepung satu ringgit tiga puluh lima sen sekilo. Sedangkan harga dari pembekal sahaja sudah RM 1.30.

Mana mungkin pekedai boleh menjual dengan harga yang ditetapkan oleh pak menteri. Ini betul-betul baghal punya menteriiii.. ." gerutunya.

"Yang Pak Lah pun satu hal, siang malam minta supaya pekedai jangan naikkan harga barang, tahu ke dia harga ini semua naik melambung kerana dasar Pak Lah sendiri yang menaikkan harga minyak. Bila minyak naik semua naik. Gajahpun kalau naik minyak habis bercempera kebun pisang dikerjakan.

Sewaktu menunggu kedatangan saudara Aspan Alias sambil menghirup secangkir kopi di warung Dome, Pasaraya Bangsar terlihat kelibat seorang isteri menteri turun dari sebuah kereta mewah diiringi pengawal peribadi. Hebat cukup menghebatkan. Dalam tempoh tidak sampai setengah jam sudah kembali ke kereta menjinjing barangan serba mewah.



"Tu tengok isteri menteri kita, alahai cukup bergaya, berbelanja sakan bagai nak rak." Tiba-tiba Aspan menyapa sambil menghulur salam.

"Tu hah tengok tu, ada tiga buah mobil mewah jenama Brabus, sebuah mobil pasti harganya mencocah hampir satu juta ringgit. Itu semua milik anak buah budak-budak tingkat empat," sambungnya.

"Apa maksud saudara?" saya bertanya sambil menyambut salamnya.

"Yang isteri mentori sibuk bergayo, shopping bagai nak rak, tahu ke dio rakyat di Pilah tengah sosak mencari belanja untuk bayar yuran dan biaya buku anak sekolah. Dan tu hah yang pakai kereta mewah Brabus, semua tu kekawan Perwira Mat Lela Gila seperti yang engkau tulis minggu lalu tu lah.

"Macam mana boleh jadi begitu ya?" tanya saya lagi.

"Jangan politik, zaman Pak Lah semua boleh jadi, budak baru berusia dua puluh lima tahun dah boleh pakai Brabus, harganya dokek satu juta. Kau tengok barang kemas isteri mentori tu, dari hujung kaki sampai ke telinganya dihias barang kemas ratusan ribu. Semuo tu ado insuran, kalau nampak mat rompit losappp. Itulah hebatnya. Macam mana mereka boleh kumpul wang sebegitu banyak jangan tanya, nanti kau kena pecat dari jadi ahli Umno. Ini era Islam Hadhari...." ujarnya lagi.

"Tadi Datuk Shafie Afdal menteri hal ehwal pengguna minta CEO pasaraya Tesco agar memastikan harga di pasaraya tersebut sentiasa terkawal dan tidak dinaikkan secara sembrono. Apa pandangan you Pan?" saya melontarkan pertanyaan kepadanya.

"Itu lagi hampeh, Tesco tu ada di Pilah ke? Ada di Cheruk Tok Kun , Ada di Gua Musang, Kudat, Baling, Simpang Renggam, Sarikei atau mana -mana kawasan pendalaman? Apa punyo mentori? Apakah dia cuma jaga orang Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar saja kah? Isunya bukan soal harga di pasaraya, tapi kawalan di kedai-kedai runcit. Para pekedai terpaksa menaikkan harga barang kerana kos pengangkutan sudah melambung. Selagi harga minyak naik dan terus naik selagi itulah rakyat akan dicengkam penderitaan," tegasnya sambil memesan secawan teh tarik.

"Bagaimana pandangan you tentang kes perbicaraan Altantuya?" saya cuba memancing.

"Hei brother, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dongar-dongar. Ini kes bosar. Tapi zaman Pak Lah semua boleh runding. You jangan cakap I bagi tahu... inilah akibatnya kalau pemimpin itu korup, kaki rasuah, menyamun dan merompak harta rakyat, macam-macam bencana boleh menimpa negara.

"Maksud you ada kong kali kong dalam kes Altantuya?"

Jangan tanya den, itu kena tanya AG Tan Sri Ghani Patail, den cumo tengok karenah orang politik yang dah jadi mentori, jauh bezanya dengan menteri dulu-dulu. Mentori hari ini asyik mengaut dan mengumpul harta. Rasuah tak usah cakaplah.... selagi boleh sebat mereka sebat. Berbeza dengan zaman Tengku Razaleigh Hamzah jadi menteri kewangan dahulu, kaum kerabat Tengku tidak berpeluang nak sebat projek juta-juta. Tengku tak bagi.




"Masa zaman Tengku Razaleigh dahulu beliau tidak kebas duit rakyat, masa mengasaskan Petronas dulu ada juga agen-agen orang Inggeris datang melobi untuk memberi rasuah kepadanya, tapi semua melopong kena tolak bulat-bulat. Sebab itu dia teruk kena fitnah sebab Tengku Razaleigh tidak termasuk dalam kumpulan yang melakukan rasuah," jelasnya sambil menghirup teh tarik yang masih berasap.

"Maksud kau Tengku Razaleigh tidak mengamalkan rasuah atau kroni?"

Usahkan kroni, nak dapek projek dari Tengku kalau tidak betul-betul lebur. Tengku Razaleigh tidak mengamalkan rasuah sebab dia sendiri dah kayoooo! Pergi siasat tanah tempat bangunan Umno yang tersergam itu asalnya milik siapo? Tanah untuk tapak Pernas sapo yang punya? Tengku tidak kebas tapi dia menghulur. Fikir-fikirkanlah. ....." tambahnya lagi.

"Bagaimana pandangan you antara Ku Li dan Pak Lah?" saya cuba mengumpan."Jauh....satu pemimpin Islam yang menjadikan Islam sebagai way of life, yang satu baru nak cipta Islam baru Islam Hadhari. Satu banyak memberi dari menerima yang satu lagi kebas s ana sini untuk kaum kerabat. Ahhhh mari kita sembang cerita Altantuya lagi seronok. Nak cerita pasal Pak Lah bertambah sosak nafas den....." ujarnya.


P.S. aku anti-rasuah la bukan anti kerajaan. tapi kalau pemimpin pun dah amalkan rasuah..apa jadi dgn nasib rakyat??


until then

Sunday, 13 January 2008

---~@ the departure @~---

semalam bini aku attend farewell function utk ambassador Malaysia ke The Netherlands, Dato' Noor Farida Ariffin di Malaysian Embassy, The Hague. nuthing much i can say about her. ckp lbh2 kang kena ISA pulak. anyhow dato' gud luck with yer retirement n selamat kembali ke mesia!

last day Dato' (duk 3 dr kiri) ngan staff malaysian embassy, the hague

P.S. no komen

until then


Wednesday, 2 January 2008

---~@ Jalan-Jalan di Roermond @~----


3 hari lepas (tahun lepas) pegi Roermond shopping hujung tahun. Sale! sale! sale! tats all i can say. year end sale! suma nak clearkan stok masing2, so aku ngan bini aku pulun la.

belgian waffles, great taste but i don like it tho

branded shop outlet


santai ngan famili sambil shopping or window shopping pun ok

dah nak balik dah

yang sowang lagi tu (tudung putih) office mate bini aku, eh ke bini ko?. ajak member gi bershopping

P.S. murah mmg murah kalau dtg time sale...kalau bukan time sale baik tak payah, harga lebih kurang dgn kedai biasa. lagipun dr umah aku ke sini journey dlm 2 jam, so kalau aku tak shopping betul2 buang karan je dtg, baik duk depan tv tengok cita P. Ramlee lagi bagos!

until then

Tuesday, 1 January 2008

---~@ 2008 @~---



new year resolution:

1) get divorced

2) sell house

3) get out of debt

4) sell SUV

5) buy motorcycle

6) reconnect with my friends and family

7) get a girlfriend

8) get married

9) buy a house

10) do things *differently* this year?

P.S. ada silau ka kawan?

until then