Batavia Stad pula merupakan pusat membeli belah yang terkenal. Terletak di Flevoland, the twelft Dutch provice. Lebih kurang 200 km dari Schiphol Airport, Amsterdam.
View di sepanjang perjalanan memang menarik.. terdapat deretan kincir angin moden... something yg agak baru bagi kita rakyat Malaysia.. selalunya tengok kat poskad or majalah-majalah je.. yang ni live! Sampai leh terlopong la mulut bila tengok.. Mana taknya.. kincir2 angin tu terletak di tepian pantai.. bayangkanlah betapa cantiknya view.. tapi malangnya tak sempat nak mengabadikan gambar2 menarik tersebut disebabkan kesuntukan masa utk berhenti.. tambahan pula tiada hentian rehat..
Batavia Stad ni adalah antara syurga shopping.. boleh tahan murahnya..mana taknya.. levi's pun leh dpt dlm Euro 20 sehelai.. I'm so excited bila smpai di sana.. biasalah org pompuan.. bab2 shopping kitorang lebih terrer.. macam-macam nak dibeli.. padahal baju dah berlambak kat dlm almari.. apa lagi nak dikata....(ibarat kata xpdc)
Salah satu tempat yg mesti dilawati oleh tourist yang berkunjung ke Holland.. nak tahu kenapa? sebb inilah tempat yang paling sesuai utk beli cenderahati... terutama sekali untuk dibawa pulang sebagai tanda ingatan buat kaum keluarga dan teman-teman serta sanak saudara.. dengan harga yang paling murah jika dibandingkan dengan tempat2 lain seperti di Amsterdam atau Den Haag.. kami pun apa lagi.. walaupun belum masanya lagi utk pulang ke Malaysia, tapi bila dah smpai ke Volendam.. sure beli punyer..! Mcm2 jenis cenderahati ada.. bunga tulip.. (diperbuat drpd kayu ..) replika kincir angin (berbagai design)... t-shirt holland.. dan mcm2 lagila..
Tapi yang paling penting, jgn lepaskan peluang utk bergambar dengan pakaian tradisional Holland.. Pakaian tradisional ini merupakan pakaian tradisioanl yang tercantik dan terindah di sini (Holland). Tetapi malangnya, generasi-generasi muda sekarang jarang memakainya kecuali pada acara tertentu atau majlis-majlis keraian ataupun majlis keramaian. Jika ingin mengambil gambar dengan pakaian tradisional ini, terdapat banyak studio2 gambar yang menawarkan perkhidmatan tersebut, cuma perlu rajin memilih kedai mana yang sesuai kerana, harga bagi gambar studio dengan pakaian ini tidak sama dari satu kedai ke satu kedai. So, kita harus bijak memilih. Walau apapun, tidak rugi membelanjakan sedikit wang untuk merakam saat-saat manis ketika berada di Volendam. .. gambar2 tersebut akan diproses dlm masa sejam.. kira instant photo la.. isn't it interesting? boleh amik gambar satu family tau.. bagi baby pula.. boleh bergambar dengan pakaian tersebut smbil duduk di dalam terompah kayu gergasi!! so cute!! kami pun tidak ingin melepaskan peluang utk mengambil gambar tersebut, tapi malangnya kami smpai dah tghari, long queue! terpaksala melupakan hasrat tersebut buat kali ini.. maybe some other time...
Volendam juga merupakan salah satu daripada perkampungan nelayan yang tertua di Holland. Pelbagai jenis dan rupabentuk kapal nelayan serta kapal layar dapat dilihat disini. Dan lagi, jika ingin makan ikan segar di sinilah tempatnya. Kedudukan geografinya yang berada di teluk North Sea menjadikan volendam bukan saja sebagai tempat pelancongan tetapi juga salah satu tempat untuk merasa pelbagai masakan segar dari laut dengan harga yang berpatutan. Terdapat banyak restoran dan gerai-gerai di sepanjang pelabuhan. Boleh pilih nak makan masakan laut dengan masakan yang berbeza!
Selain daripada membeli belah dan menjamu selera dengan makanan laut, kita juga boleh menaiki bot/kapal layar ke "Marken" (Sebuah pulau yang terletak berhampiran pelabuhan Volendam). Marken merupakan sebuah perkampungan lama yang cantik dengan rekebentuk bangunan yang unik, pemandangan yang indah di sekitar pulau, taman-taman yang cantik dan bak kata orang tempatan, "Marken is a living monument, not a museum"
Marken pada awalnya terpisah dari tanah besar, tetapi pada tahun 1959, sebuah empangan telah dibina dan secara tidak langsung pulau yang dahulunya terasing, kini boleh dilawati dengan menggunakan kenderaan darat. Tetapi jika ingin merasa angin laut serta desiran ombak, bolehnya menaiki bot-bot yang telah disediakan dengan harga yang berpatutan.
Berehat selepas puas bershopping (my lady friend with her son)
Dalam perjalanan balik, kami singgah di satu kawasan rehat berhampiran dengan Schiphol Airport sambil makan tengahari.